Cinta Jangan Tipu

Cinta Jangan Tipu
Author: Emma Maizura
Language Malay
Pages: 640
Genre: Uncategorized
Goodreads Rating: 3.94
Published: April 20th 2014 by Alaf 21 Sdn Bhd

Demi sahabat baiknya, Nurain rela berkorban apa saja. Saat remaja lain asyik melayan cinta, dia pula ke sana ke mari mengendong Abil.

Dia tepaksa butakan mata, pekakkan telinga. Katalah apa saja, demi amanah Nabila… dia rela hidup terpinggir. Bagi Nurain, Abil adalah anugerah terindah. Selagi Abil ada di sisi, selagi itu dia akan teus mengorak langkah. Status janda atau anak dara, dia sudah tidak kisah. Yang penting, Abil membesar menjadi anak yang sempurna. Kadangkala dia rasa sendiri dan sunyi.

Tika itu, Khairul akan datang menerangi kegelapan.

Sekali gus meletakkan dirinya di dua persimpangan. Antara amanah dan keikhlasan. Dalam tercari-cari mana letaknya kejujuran Khairul, Imran hadir menagih jawapan. Jika benar Abil itu warisnya, dia nekad ingin menikahi Nurain sebagai membalas jasa. Nurain terperangkap. Jika dia memilih Khairul, Abil akan terlepas daripada pegangannya. Oh, dia memang tidak sanggup! Tetapi jika dia memilih Imran, bagaimana dengan kisah silam lelaki itu yang penuh dosa?