Sekali Melangkah

Sekali Melangkah
Author: Rozninah Abd. Azib
Language Malay
Genre: Uncategorized
Goodreads Rating: 3.50
Published: 2016 by Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Hanya lahir sempurna apabila wujud kehalusan rasa serta kebijaksanaan dan ketinggian budi. Cinta tidak harus dikendalikan melalui kekerasan kerana begitu muncul kekerasan, terbanglah cinta daripada hati untuk selama-lamanya, payahlah kembalinya. Cinta kuasa yang bermaharajalela, mampu membahagiakan, dapat juga menderitakan. “Lemparkan orang yang bahagia dalam cinta ke dalam laut, dia akan timbul dengan seekor ikan di tangan; letakkan orang yang derita dalam cinta ke dalam gudang roti, dia akan mati kelaparan”, demikian peribahasa arab berkias akan kuasa cinta.

Sekali melangkah, novel yang mengetengahkan inspirasi dan apresiasi seorang wanita, yang dalam memburu kesucian dan keluhuran cintanya, bergulat dengan deretan kegagalan. Namun, kegagalan tidak menoktahkan semangatnya, justeru bangkit dia menjadi insan yang kuat sampai dapat dia menggapai cita-citanya.