Mungkin Bukan Aku

Mungkin Bukan Aku
Author: Hani Fazuha
Language Malay
Pages: 344
Goodreads Rating: 3.84
Published: December 2017 by Idea Kreatif Publication

“YA! Zara curang.” Pengakuan si isteri buat Harraz terkaku. Kenapa Zara sanggup lakukan ini? Bukankah rumah tangga mereka sedang bahagia? Apa lebihnya Zill berbanding dirinya? Jawapan pada persoalan itu hanya ada pada Zara. Tapi apabila Zara memilih untuk membisu, apa pilihan yang Harraz ada? “I tak akan ‘lepaskan’ you. Tapi I tak mahu you muncul depan I.” – Harraz “Aku bukan mahu jadi perosak, Zara. Tapi, aku tak sanggup tengok kau menderita.” – Zill Dulu....

Harraz dan Zill, dua sahabat yang sangat mencintai Zara tapi, mereka tetap kekal sebagai sahabat walau Zara memilih Harraz. Kini... dua sahabat bagai bermusuh. Dan kali ini Zara tidak memilih sesiapa.

Sekian lama terpisah, mereka ditemukan kembali dengan kebetulan yang menyakitkan. Zara perlukan duit dan Harraz hulurkan bantuan bersyarat.

“One night stand with me, duit 100k tu akan jadi milik you.” – Harraz. Apakah itu nilai seorang Zara di mata Harraz? Kalau ikutkan, Zill mampu bayar lebih jika Zara mahu. Tapi masalahnya, Zara tidak mahu membuat pilihan. Dan Zara juga tidak mahu berterus terang.

Kisah silam yang menyakitkan itu, apakah ianya benar-benar berlaku? Antara Harraz dan Zill, siapa sebenarnya yang lebih layak untuk menggenggam hati Zara?