Mr. Hopeless Romantic

Mr. Hopeless Romantic
Author: Syamnuriezmil
Language Malay
Pages: 302
Goodreads Rating: 3.87
Published: January 2017 by The Chapter

Andai cinta tak perlu kecewa, akulah orang yang paling bahagia. Ya, pasti aku sedang berbahagia dengan Sarah Nadine. Tak ada orang lain yang boleh membahagiakan aku, kecuali Sarah Nadine. Punyalah hope romantic aku masa tu! Tapi... Sarah Nadine tinggalkan aku sewaktu hari pernikahan aku dengan dia. Lebih kecewa, dia memilih lelaki lain berbanding aku. Walaupun begitu, aku tetap tak boleh nak lupakan Sarah Nadine. Mengharapkan dia kembali? Memang tak lah! Tapi, kenapa masih lagi teringat dan tak boleh nak move on? Kenapa aku masih lagi menutup pintu hati aku dan tak mahu mencuba cinta baru? Arghhh Carl... kau memang Mr. Hope Romantic betul! Tak serik nak lupakan cinta lama tapi, tak minat pun nak mulakan cinta baru! Apa maknanya tu? Hope lah! Sehinggalah...

“Pak cik boleh dakwa kamu dengan macam-macam dakwaan. Termasuk tuduhan memiliki 500 gram dadah. Kamu tahukan 15 gram heroin pun, hukumannya mati mandatori? Kamu jangan ingat, pak cik tak boleh buat.” – PAK ISMAIL ITAM INTERPOL Aku menerima ugutan daripada bapak seorang perempuan yang bernama Aerna Isyqee. Semuanya, gara-gara dia membawa BMW pinjam yang hampir mencalarkan Porsche baru aku tu! Tak pasal-pasal, aku kena ikut rancangan memikat anaknya yang macam Cik Serba Tahu tetapi, hal cinta langsung tak tahu. Kononnya, aku nak cuba cairkan hati Aerna Isyqee dengan rancangan hope romantic aku tu. Niat sebenarnya untuk membuatkan dia menyampah dan sekaligus akan menolak permintaan bapaknya. Masalahnya sekarang, hati aku pula yang kena hacked! So, Carl... kau dah habis fikir ke?