Mrs. Kamil 2

Mrs. Kamil 2
Author: Laydee Amarfi
Language Malay
Pages: 327
Goodreads Rating: 3.69
Published: December 2017 by Idea Kreatif Publication

Bertahun memegang gelaran Mrs.

Kamil dan ibu kepada dua cahaya mata, Shafina berkeras mahu kembali bekerja. Kerana sayangkan isteri, Ahmad Kamil turutkan saja kehendak Shafina, melepaskan isterinya ke dunia luar yang penuh cabaran. Dan cabaran pertama Shafina apabila CEO tempat dia bekerja adalah Yulia Anan Aleksandr, wanita yang pernah menjadi BFF Kamil dan kini masih juga kawan baik suaminya. Menjadi PA pada seorang Yulia tak semudah yang Shafina sangkakan. “Betul kah you wanita yang sememangnya ditakdirkan untuk Kamil?” - Yulia “That is a stupid question, Ms.Yulia.” - Shafina “Yakin selamanya you akan pegang gelaran Mrs Kamil?” – Yulia Sinisnya Yulia dan kisah lama yang cuba dibangkitkan buat Shafina sering didatangi curiga terhadap Kamil.

“Sha tahu sehebat mana Abang sayangkan Sha. Tapi kenapa Sha masih nak curiga dengan abang? After what we’ve been through, is my love still not enough?” – Kamil. Yang Shafina tidak tahu, Ahmad Kamil tetap Ahmad Kamil.

Isteri adalah keutamaannya.

“You touch my wife, bermakna you sedang mencari masalah dengan I.” “I tak pernah usik wife you!” Yulia mula hilang gaya profesionalnya. “You sentuh hati dia. You.

Hurt. My. Wife.” Sebutir-sebutir Kamil menekankan bicaranya.

Biar masuk menghentam segenap ceruk kepala Yulia. Mungkinkah Yulia pencetus masalah di antara Kamil dan Shafina? Atau sebenarnya Shafina sendiri yang tanpa sedar menjadikan emosi sebagai punca masalah?