Sakit Pinggang: Kaedah Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur Dan Pergerakan Solat

Sakit Pinggang: Kaedah Rawatan Melalui Prinsip Pemulihan Serta Postur Dan Pergerakan Solat
Author: Fatimah Ibrahim
Language Malay
Pages: 63
Genre: Uncategorized
Goodreads Rating: 3.67
Published: 2009 by Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan

Penganut agama Islam dituntut menunaikan solat fardu lima kali sehari. Gerakan solat harian itu boleh dianggap sebagai senaman fizikal sederhana yang menyerupai senaman regangan berbentuk terapi perubatan. Komponen-komponen dalam gerakan solat yang dilakukan secara terus-menerus memberikan kesan yang positif dan bermanfaat kepada tubuh manusia sama ada daripada aspek fizikal mahupun emosi. Buku ini adalah rentetan daripada buku SOLAT: KEBAIKAN DARI PERSPEKTIF SAINS.

Buku ini memperincikan bagaimana postur dan pergerakan solat bukan sahaja menjadi kewajipan yang perlu dilaksanakan tetapi ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif terapi rawatan pemulihan sakit pinggang. Malah, terapi postur dan pergerakan solat ini telah diperkenalkan kepada pesakit bukan Islam dalam rawatan sakit pinggang.